26 May 2018

Majlis Berbuka Puasa Dan Solat Tarawih @Magentahomes 2018



Pada Sabtu 26 May 2018 telah dianjurkan majlis berbuka puasa dan solat tarawih bagi penduduk-penduduk Magentahomes. Majlis diadakan di lokasi padang mini Magentahomes SP 9/17. Majlis Berbuka puasa diadakan berkonsepkan port luck. Majlis dihadiri oleh penduduk-penduduk Magentahomes bersama kelauarga.

Majlis bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara penduduk-penduduk di kawasan Magentahomes. Acara bermula dengan ucapan daripada tuan pengerusi KRT Magentahomes. Kemudian diikuti pula dengan majlis berbuka puasa, solat maghrib dan diteruskan pula dengan solat isyak dan tarawih secara berjemaah. Majlis berakhir pada jam 10 malam.

Terima kasih diucapkan kepada penduduk-penduduk yang telah menghadirkan diri kemajlis tersebut. 
Berikut antara gambar-gambar yang sempat diambil.





































08 February 2017

Mesyuarat KOSPEN bersama Dengan JPNIN dan KEMAS 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Pada Rabu 08 Feb 2017 telah diadakan Mesyuarat KOSPEN bersama dengan JPNIN dan KEMAS daerah Kuala Langat. Mesyuarat telah diadakan di Pejabat kesihatan daerah Kuala Langat. Mesyuarat bermula jam 08:30 pagi dan berakhir pada jam 01:00 Tengah Hari.

Mesyuarat telah dihadiri oleh wakil-wakil KOSPEN bagi setiap KRT daerah Kuala Langat. KRT Magentahomes telah diwakili oleh En. Mohd Syafarid Bin Mohd Sharom. Berikut antara gambar-gambar semasa mesyuarat tersebut.





















28 January 2017

SRS Sempena Cuti Tahun Baru Cina 2017 @Magentahomes

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Sempena cuti Tahun Baru Cina 2017, AJK KRT dan SRS Magentahomes besama-sama penduduk Magentahomes telah mengadakan kawalan keselamatan di kawasan kediaman. Kawalan keselamatan diadakan selama 2 hari iaitu pada 27,28 Jan 2017.

Aktiviti bertujuan untuk mengelakkan berlakunya kejadian rompakan dan cubaan pecah rumah semasa penduduk bercuti ke kampung. Berikut antara gambar-gambar semasa aktiviti dijalankan.






  

03 December 2016

Majlis Gotong Royong Perdana 2016 @Magentahomes

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Majlis gotong royong perdana telah diadakan di kediaman Magentahomes pada 03 Dis 2016. Majlis bermula pada jam 7.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 Tengah Hari. Majlis telah diadakan di lokasi Padang Mini Magentahomes BSP Avenue, Jalan SP 9/17. Majlis telah dianjurkan oleh AJK KRT Magentahomes dengan kerjasama Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) dan COMBI Selangor.

Majlis gotong royong perdana ini telah di hadiri oleh AJK KRT Magentahomes dan disertai oleh penduduk-penduduk magentahomes. Terdapat 10 hadiah cabutan bertuah telah disediakan oleh pihak penganjur. Hadiah utama merupakan percutian 2H1M di Gold Coast Morib.

Majlis antara lain bertujuan untuk memberi kesedaran kepada penduduk berkenaan dengan kebersihan kawasan kediaman.

Penduduk juga diberi penerangan oleh wakil dari COMBI Selangor berkenaan penyakit demam denggi dan langkah-langkah untuk membasmi pembiakan nyamuk aedes dirumah.

Terima kasih diucapkan kepada AJK KRT Magentahomes dan semua penduduk Magentahomes yang dapat hadir ke majlis gotong royong perdana ini. Berikut antara gambar-gambar menarik semasa majlis tersebut diadakan.
























 Terima kasih diucapkan kepada wakil dari COMBI Selangor.













 Tahniah kepada pemenang hadiah utama cabutan bertuah !!! :D